Francesco Guidolin: Arsenal masih pilihan

Sunday, August 21, 2011
Francisco Guidolin mengatakan Udinese mengharapkan nasib


Oleh Aditya Ramadhan

Francisco Guidolin, jurulatih Udinese, mengatakan Arsenal masih tetap pasukan pilihan untuk melepasi babak kelayakan Liga Juara-juara.

"Perlawanan kedua akan lebih ketat, keranaa kami harus mencipta gol untuk membuka peluang layak ke peringkat kumpulan," ujar Guidolin.

"Kami tahu apa yang harus kami lakukan, iaitu tidak membuka banyak ruang di barisan belakang, kerana itu akan membinasakan," lanjutnya.

Friuliani, nama timangan Udinese, dikalahkan oleh Arsenal dengan satu gol tanpa balas dalam perlawanan pertama di Stadium Emirates. Namun begitu Udinese tidak memberi tentangan yang mengecewakan, kerana Antonio Di Natale mendapat beberapa peluang mencetak gol.

Menurut Guidolin, Udinese harus benar-benar mampu mengimbangi kepantasan pemain Arsenal.

"Kami harus melakukan semua cara untuk mengimbangi kepantasan pemain Arsenal. Lebih penting lagi, Udinese perlukan nasib," Guidolin mengakhiri.


(Sumber: http://www.goal.com/)