Cesc Fabregas pergi, Arsenal tetap digeruni

Tuesday, August 16, 2011
Udinese tidak mahu pandang remeh Arsenal yang kehilangan beberapa pemain mereka


Oleh M Yanuar F

Keluarnya Cesc Fabregas yang bakal disusuli Samir Nasri, tidak membuatkan Arsenal lumpuh, begitulah keyakinan Francesco Guidolin.

Perkara itu diungkapkan jurulatih Udinese menjelang perlawanan playoff Liga Juara-juara menentang Arsenal di Stadium Emirates.

Menurut Guidolin, Arsenal memiliki pemain berkualiti yang cukup untuk mampu bersaing walaupun Fabregas, dan mungkin Nasri, meninggalkan kelab.

"Perginya mereka tidak akan membuatkan banyak perubahan bagi kami," tutur Guidolin kepada The Sun.

"Pasukan mana pun yang tetap bersama Arsenal akan selalu memiliki kualiti," lanjutnya.

"Mungkin mereka kehilangan beberapa pemain penting, tetapi ada juga pemain lain yang mempunyai kemampuan yang serupa."

Guidolin menambah anggapan bahawa Arsenal akan menjadi kelab terbaik menurutnya.

"Mereka masih memiliki banyak pemain hebat yang mampu menyebabkan pasukan mana pun di dunia ini menemui masalah. Saya melihat Arsenal sebagai salah satu pasukan terbaik," akhirnya.


(Sumber: http://www.goal.com/)