Antonio Floro Flores optimis singkirkan Arsenal

Wednesday, August 17, 2011
Penyerang Udinese yang tidak hadir di Emirates itu merasa pasukannya tidak patut kalah pada pertemuan pertama


Oleh Dede Sugita

Udinese telah tewas 1-0 oleh Arsenal di Emirates, tetapi mereka bersedia untuk menggempur kelab dari Inggeris tersebut dan menyambar tiket ke peringkat kumpulan dalam Liga Juara-juara dengan meraih kemenangan yang lebih besar apabila bertindak sebagai tuan rumah pada minggu depan.

Keyakinan tinggi Le Zebrette itu dinyatakan oleh penyerang Antonio Floro Flores. Menurut pemain berusia 28 tahun itu, rakan-rakannya tidak patut menelan kekalahan dalam perlawanan pertama kerana telah mempersembahkan permainan yang baik.

Floro Flores sendiri terpaksa tidak diturunkan pada perlawanan tersebut akibat mengalami kecederaan otot, tetapi dia berharap boleh diturunkan untuk beraksi di Friuli.

“Arsenal bukanlah pasukan yang tidak boleh dikalahkan, dan kami akan membalas mereka menjelang pertemuan kedua nanti,” katanya kepada Football Italia.

“Saya menyaksikan perlawanan itu dari rumah bersama keluarga saya. Itu kekalahan yang sungguh menyedihkan kerana kami patut mendapat keputusan yang lebih baik,” tambahnya.

“Anda tidak boleh memberikan kenyataan yang tidak baik mengenai Udinese, anda harus memuji mereka kerana mereka telah mengerahkan segenap kemampuan mereka.”

“Kini saya berharap akan bersedia untuk pertemuan kedua karena saya tidak tahu samada akan memiliki peluang untuk bermain dalam perlawanan seperti ini lagi pada masa akan datang,” akhirinya.


(Sumber: http://www.goal.com/)