Arsenal minta hukuman Arsene Wenger ditunda selepas lawan Udinese

Tuesday, August 23, 2011
The Gunners berharap agar pengurus dapat memimpin anak buahnya dalam perlawanan di Friuli


Oleh Dede Sugita

Pertubuhan tertinggi bolasepak Eropah, UEFA, menyatakan bahawa Arsenal meminta hukuman dua pergantungan perlawananan untuk Arsene Wenger dalam kancah Liga Juara-juara ditunda sehingga selesai petembungan ke Udinese.

Pengurus the Gunners itu dijatuhi hukuman tambahan lantaran terus memberikan arahan kepada para pemainnya semasa Arsenal bertemu dengan Le Zebrette dalam perlawanan pertama play-off Liga Juara-juara 2011/12 minggu lepas.

Sedangkan dalam perlawanan tersebut pengurus yang berasal dari Prancis tersebut sedang menjalani hukuman kerana bantahan kerasnya terhadap kepemimpinan pengadilan oleh Massimo Busacca di halaman Barcelona musim lalu.

UEFA lantas menambah hukuman dua perlawanan lagi bersama denda €10.000 untuk Wenger. Namun begitu, dengan meningkatnya kepentingan dalam pertembungan di Friuli yang begitu kritikal bagi peluang melepasi ke peringkat kumpulan, Arsenal turut mengajukan rayuan berupa penundaan hukuman.

“Dinyatakan bahawa Arsenal telah mengajukan rayuan terhadap keputusan Kowalan dan Disiplin yang diambil baru-baru ini dan meminta penundaan terhadap hukuman,” bunyi kenyataan rasmi UEFA.

“Ketua Bahagian Rayuan akan membahas permintaan penundaan hukuman tersebut hari ini dan kami akan mengumumkan keputusannya pada perlawanan itu.”

Kelab Utara London tersebut kini sedang mendahului agregat 1-0 ke atas Udinese selepas kemenangan di Emirates.


(Sumber: http://www.goal.com/)