Arsene Wenger minta semua pihak tidak panik

Monday, August 15, 2011
Wenger ingatkan pentingnya kesepakatan menjelang pertandingan menentang Udinese


Oleh Donny Afroni

Pengurus Arsenal Arsene Wenger meminta agar para pemain tidak perlu merasa khuatir tentang perpindahan Cesc Fabregas ke Barcelona, dan memilih untuk terus menumpukan perhatian untuk menghadapi Udinese dalam perlawanan play-off Liga Juara-juara.

Arsenal menempah tempat ke-empat pada akhir musim lepas dalam Liga Perdana, dan kini terpaksa melalui perlawanan play-off. Menjelang pertemuan menentang Udinese, Arsenal terpaksa kehilangan Fabregas, kerana bekas ketua pasukan the Gunners itu kini telah memakai jersi Barcelona.

Menurut Wenger, keputusan positif dalam perlawanan pertama menentang Udinese nanti akan memberikan kekuatan terhadap keyakinan mereka untuk mengharungi musim 2011/12.

“Saya memahami bahawa semua orang merasa khuatir. Tetapi saya yakin kelab akan lebih mengutamakan kesepakatan,” ucap Wenger dalam kenyataannya kepada wartawan.

“Ini merupakan detik-detik penting bagi kelab. Saya merasa yakin kami mampu melaluinya dengan kejayaan. Kami mesti terus bersatu.”

“Kita telah kehilangan seorang pemain berkelas [dalam diri Fabregas]. Tetapi ramai pemain besar datang dan pergi,” tambah Wenger.

“Sangat penting untuk ada rasa cinta antara peminat dan para pemain. Mereka harus memperlihatkan komitmen yang memang patut untuk diterima hasil dari sokongan peminat kami.”


(Sumber: http://www.goal.com/)