Arsenal daftarkan Cesc Fabregas untuk Liga Juara-juara

Tuesday, August 9, 2011
Pendaftaran Fabregas ke dalam skuad Arsenal dalam Liga Champions akan menghadirkan cerita menarik


Oleh Donny Afroni

Kesatuan Bolasepak Eropa (UEFA) menyatakan bahawa Arsenal telah menyenaraikan nama Cesc Fabregas ke dalam skuad the Gunners untuk play-off Liga Juara-juara menentang Udinese.

Pendaftaran pemain yang dilakukan oleh Arsenal ini bakal menimbulkan masalah pada masa akan datang. Berdasarkan peraturan UEFA, pemain yang sudah diturunkan pada peringkat play-off tidak boleh diturunkan oleh kelab lain pada fasa berikutnya.

Dipetik dari AP, keadaan ini membuat Fabregas berkemungkinan besar menolak untuk diturunkan dalam perlawanan menentang Udinese agar proses perpindahannya ke Barcelona tidak menemui jalan buntu. Jika diturunkan, maka Fabregas tidak akan mampu memperkuatkan Barcelona dalam Liga Juara-juara.

Arsenal dijadualkan akan menjalani perlawanan pertama pada 16 Ogos, dan akan bermain untuk perlawanan kedua di halaman Udinese pada 24 Ogos.

Barcelona berharap mampu mendapatkan Fabregas sebelum pasaran perpindahan musim panas berakhir pada 31 Ogos.

UEFA menetapkan bahawa setiap pasukan pada peringkat play-off untuk mendaftarkan 25 pemain berkategori A sebelum Isnin. Kelab juga boleh memasukkan pemain muda mereka ke dalam kategori B.


(Sumber: http://www.goal.com/)