Dipecat kerana gagal saingi Mourinho: Cech

Wednesday, July 27, 2011

LONDON: Penjaga gol Chelsea, Petr Cech percaya Roman Abramovich memecat pengurus pasukan kerana tiada antara mereka dapat mendekati kemampuan Jose Mourinho.

Penjaga gawang berasal dari Republik Czech itu sudah beraksi di bawah enam pengendali berbeza sebelum The Blues melantik Andre Villas-Boas, baru-baru ini.

Dia kini berharap lelaki baru itu dapat menepati tahap tinggi dilakar Mourinho yang memenangi dua kejuaraan liga, satu Piala FA sebelum dia dipecat oleh pemilik Russia itu pada September 2007.

“Enam pengurus dilantik sejak saya menyertai dan selain Jose yang membimbing pasukan tiga setengah tahun, tiada siapa yang berjaya bertahan lebih lama daripada tempoh itu.

“Falasafah di Chelsea adalah mereka menukar pengurus apabila mereka melihat tiada jalan penyelesaian terdekat.

“Semua pengurus ada falasafah masing-masing. Ada kalanya ia berfungsi tapi ada kalanya tidak.

“Tapi Jose sudah meletakkan satu tanda aras baik dan mereka semua cuba mengikut jejak langkah itu atau pun lebih baik.

“Banyak pasukan menyudahkan musim tanpa trofi dan mereka masih menyebut menyudahkan satu musim yang baik.


(Sumber: http://www.bharian.com.my/)