Undian Play-Off Liga Juara-juara temukan Arsenal & Udinese

Friday, August 5, 2011
Hasil undian peringkat play-off Liga Juara-juara mengejutkan


Oleh M Yanuar F

Arsenal akan berhadapan dengan Udinese untuk menenpah tiket ke peringkat kumpulan dalam kancah Liga Juara-juara musim ini.

Pertemuan antara pasukan Italy dan Inggeris tersebut merupakan salah satu hasil daripada undian peringkat play-off Liga Juara-juara yang dilakukan di Nyon, Switzerland.

Selain Arsenal yang bakal menentang Udinese, hasil undian lain mempertemukan kelab gergasi Bundesliga Jerman Bayern Muenchen menghadapi wakil dari Switzerland, FC Zurich.

Manakala gergasi Ligue 1 Perancis, Olympique Lyon akan berhadapan dengan Rubin Kazan. Sementara itu wakil dari Sepanyol Villarreal bakal berhadapan dengan pasukan dari Denmark, Odense.

Pasukan dari Eredivisie Belanda FC Twente akan bertembung dengan pasukan Portugal Benfica. Hasil lengkap dari undian boleh dilihat di bawah.

Untuk perlawanan peringkat play-off Liga Juara-juara ini akan tetap dilaksanakan melalui sistem kalah mati home dan away. Perlawanan pertama akan dilangsungkan pada 16 atau 17 Ogos manakala perlawanan kedua dilangsungkan pada 23 atau 24 Ogos.


Hasil undian Play-Off Liga Juara-juara:
Arsenal vs Udinese
FC Twente vs Benfica
Bayern Muenchen vs FC Zurich
Olympique Lyon vs Rubin Kazan
Odense vs Villarreal
BATE Barisov vs Sturm Graz
FC Copenhagen vs Viktoria Plzen
Dinamo Zagreb vs Malmo
Maccabi haifa vs RC Genk
Wisla Krakow vs APOEL Tel Aviv


(Sumber: http://www.goal.com/)

1 Komen:

  1. Ayie said...:

    harap harap musim nih ada piala..

    meh usha entry teman pasal bola..
    http://keluhkesahkudin.blogspot.com/2011/08/islam-dan-bola-sepak.html