Dua tonggak Arsenal, England tiada

Sunday, August 7, 2011

ARSENAL dan England akan berdepan masalah apabila pemain bintangnya, Jack Wilshere dan Theo Walcott mengalami kecederaan.

Pemain tengah Wilshere dan pemain sayap, Walcott mengalami masalah buku lali dan tidak akan dapat beraksi pada perlawanan persahabatan menentang Benfica di Lisbon.

Duo England itu juga terpaksa berhempas pulas bagi perlawanan persahabatan Rabu depan menentang Belanda.

Selain, terpaksa berperang dengan waktu untuk pulih semula sempena pembukaan Liga Perdana di Newcastle.

Kedua-dua pemain bersama Samir Nasri yang dikatakan mengalami masalah sama itu juga, dikatakan terlepas daripada menjalani latihan di Emirates dengan kehadiran lebih 5,000 peminat. 


(Sumber: http://www.sinarharian.com.my/)