Juan Mata pilih Chelsea kerana lebih bermatlamat

Tuesday, August 23, 2011
Juan Mata mengungkapkan alasan mengapa tolak sertai Arsenal atau Tottenham Hotspur dan lebih memilih Chelsea


Oleh Taufik Bagus

Juan Mata menerangkan alasannya menyertai bersama Chelsea daripada berjuang membela Arsenal atau Tottenham Hotspur, kelab London lain yang juga bersedia mengambilnya.

Dinyatakan bahawa pemain berusia 23 tahun yang diperolehi daripada Valencia dengan nilai perpindahan 26 juta poundsterling itu, Chelsea tidak boleh diperbandingkan dengan kelab lain yang menginginkannya.

"Saya ingin bermain di liga Inggeris untuk memenangi trofi dan kerana itulah saya menerima tawaran Chelsea," kata Juan Mata.

"Juga kerana mempertimbangkan keperluan sukan, bukan wang. Arsenal dan Tottenham turut sama-sama menginginkan saya, tetapi mereka tidak mampu diperbandingkan dengan Chelsea. Saya ingin gelaran Liga Perdana Inggeris dan perkara ini mampu diraih bersama Chelsea."

"Fernando Torres juga mempengaruhi keputusan saya, tetapi perbincangan secara langsung dengan Andre Villas-Boas menjadi perkara yang memutuskan semuanya. Dia menjelaskan bagaimana corak permainan yang akan dilakukan pada formasi 4-3-3 dan pentingnya saya dalam perancangannya."

"Frank Lampard juga merupakan pemain besar dalam bolasepak pada waktu ini untuk boleh diajak bekerja sama dan prospek luar biasa," tambahnya.


(Sumber: http://www.goal.com/)