Sasaran Arsenal bintang Rennes, Yann M’Vila

Thursday, August 18, 2011

Oleh Matt Law

ARSENE Wenger mahu melaburkan semula keuntungan yang diperolehi daripada hasil jualan Fabregas dan Nasri dengan melancarkan bidaan by terhadap pemain tengah Rennes, Yann M’Vila.

Walau bagaimana  pun, M’Vila, 21, bukanlah pemain gantian terus kepada Fabregas, Arsene Wenger percaya bahawa dia mampu menghadirkan kekuatan fizikal yang lebih dan memberikan Jack Wilshere pergerakkan yang lebih bebas.

Arsenal berharap tawaran £15m boleh membuat Rennes memujuk M’Vila, yang mempunyai sepuluh kali penampilan bersama skuad Perancis.


Wenger turut meneruskan minatnya terhadap pemain sayap Valencia Juan Mata, pemain tengah Shakhtar Donetsk Jadson dan pemain Marseille Andre Ayew.

Dikhabarkan bahawa Ayew mempunyai £11.5 juta untuk melepaskan kontraknya dan dia telah menyatakan bahawa Arsenal adalah sebuah kelab yang hebat.

Robin van Persie kini telah memegang jawatan Fabregas sebagai ketua pasukan, manakala Emmanuel Eboue telah bersetuju untuk menyertai Galatasaray dan Carlos Vela telah dipinjamkan ke Real Sociedad. 


(Sumber: http://www.express.co.uk/)