Arsenal pantau Mikel Arteta untuk gantikan Cesc Fabregas

Sunday, August 21, 2011
Arteta dianggap mampu memperkuat bahagian tengah Arsenal


Oleh Henry AA

Perpindahan Fabregas ke Barcelona membuatkan Arsenal kehilangan salah seorang pemain tengah handalan mereka. Buktinya, dalam dua perlawanan pertama untuk Liga Perdana Inggeris musim ini, mereka belum lagi menang dan membuat jaringan gol.

Situasi itu membuatkan Arsene Wenger kembali berusaha mencari pengganti Fabregas. Menurut berita dari CaughtOffside, salah seorang calon Wenger adalah Arteta.

Pemain tengah yang berasal dari Spanyol tersebut sebelum ini juga pernah dihubungkaitkan dengan the Gunners semasa Fabregas kerap diberitakan akan keluar pada musim lepas. Gaya permainan Arteta dan posisinya sebagai playmaker dianggap tidak berbeza jauh dengan Fabregas.

Wenger dilaporkan sedang berusaha menyediakan tawaran untuk Arteta. Selain itu juga, Arsenal turut berusaha membawa masuk pemain Lille, Eden Hazard.

Ia bukanlah suatu perkara yang mudah untuk mendapatkan khidmat Arteta kerana jurulatih David Moyes sudah berhasrat untuk mempertahankan para pemain utamanya dan Everton telah menolak tawaran Arsenal bagi Phil Jagielka.

Meskipun begitu, Arteta yang pernah memasuki pasukan junior Barcelona ini mungkin akan tertarik menyertai Arsenal kerana dengan bermain dalam kelab atasan, dia berharap mampu disenaraikan dalam pasukan kebangsaan Sepanyol.


(Sumber: http://www.goal.com/)