Arsene Wenger: Jangan nilai pemain dengan harga perpindahan

Wednesday, August 17, 2011
Wenger meminta peminat menilai dari segi kualiti pemain bukan harga perpindahan


Oleh Gunawan Widyantara

Pengurus Arsenal Arsene Wenger mengatakan bahawa keputusan membawa masuk Joel Campbell adalah sebuah spekulasi yang patut untuk dilakukan.

Arsenal mengharapkan khidmat Campbell dari Deportivo Sarpissa setelah dia melakukan persembahan yang menarik dalam kejohanan Copa America dan menjadi tunjang di sebalik kemenangan 2-0 Costa Rica ke atas Bolivia. Campbell juga beraksi baik dalam Piala Dunia U-20 sehingga Wenger menganggap pemain berusia 19 tahun tersebut layak untuk memperkuat skuad the Gunners.

"Joel adalah prospek yang menjanjikan. Dia memiliki bakat dan boleh ditempatkan dalam perbagai posisi," kata Wenger di laman rasmi kelab.

"Harus diakui, langkah ini sedikit berbau spekulasi, tetapi patut untuk dicuba."

Wenger dalam keadaan yang penuh tekanan dari peminat Arsenal untuk membeli pemain dari wang hasil penjualan Cesc Fabregas. Namun begitu dia meminta agar kritikan yang dilontarkan mengarah kepada aksi di tengah padang, bukan nilai perpindahan yang dikeluarkan.

"Saya lebih senang jika anda mengeluarkan penilaian berdasarkan kepada kualiti seorang pemain. Selepas itu anda boleh berbicara samada mereka layak menyarungi jersi Arsenal atau tidak."


(Sumber: http://www.goal.com/)