Manchester City ikat kontrak Samir Nasri 4 tahun

Wednesday, August 24, 2011
Tandatangan kontrak dilakukan selepas Nasri menjalani pemeriksaan medik


Oleh Donny Afroni

Pengejaran Manchester City untuk mendapatkan Samir Nasri akhirnya selesai setelah kelab dari Eastlands ini mengeluarkan wang €27,3 juta untuk mendapatkan pemain perancang yang berasal dari Perancis tersebut.

Sepanjang musim panas ini, City berterusan melakukan pendekatan terhadap Nasri agar berhijrah ke Eastlands. City akan mengikat kontrak Nasri selama empat tahun setelah menjalani pemeriksaan medik.

Pengurus Arsenal Arsene Wenger sebelum ini menyatakan bahawa Nasri tidak akan meninggalkan Emirates pada pasaran perpindahan musim panas ini. Namun, situasi Nasri menjadi tidak menentu setelah mendapat tawaran dari City yang menjanjikan gaji £180 ribu seminggu.

Dengan keluarnya Nasri, maka Arsenal telah kehilangan dua pemain berpengaruhnya di bahagian tengah. Sebelum ini, Cesc Fabregas sudah berhijrah ke Barcelona. Tekanan kepada Wenger untuk mendapatkan pemain pengganti turut menjadi semakin tinggi.

Bintang Lille Eden Hazard pernah dikaitkan dengan the Gunners, tetapi kelab Ligue 1 Perancis itu tidak akan melepas salah satu pemain handalan mereka kecuali Arsenal memberikan harga yang tinggi.

Nasri merupakan pemain kelima yang menyertai City pada musim panas ini. City sebelum ini telah memperoleh rakan sepasukan Nasri di Arsenal iaitu Gael Clichy, dan bintang Atletico Madrid Sergio Aguero.



(Sumber: http://www.blogger.com/)