Samir Nasri sedia jalani pemeriksaan perubatan Manchester City

Thursday, August 18, 2011


Minggu kucar-kacir bagi Arsenal memperlihatkan bahawa ianya masih belum reda dengan Arsene Wnger berhadapan dengan tindakkan disiplin daripada UEFA dan kelabnya bakal kehilangan Samir Nasri.

Pada masa yang sama Alex Song menjadi pemain the Gunners kedua yang mendapat hukuman tiga perlawanan selepas berkesudahan 0-0 dengan Newcastle Sabtu lepas, UEFA pula kini akan mendakwa Wenger kerana melanggar peraturan dengan menghubungi kakitangannya di bangku simpanan pada perlawanan kelayakkan Liga Juara-juara menentang Udinese.

Dan, selepas dua hari kehilangan ketua pasukannya Cesc Fabregas ke Barcelona, ada laporan mengkhabarkan bahawa Arsenal juga akan gagal mempertahankan pemain yang menjadi sasaran Manchester City, Samir Nasri.

Wenger dijangka akan dikenakan hukuman oleh UEFA kerana kelakuannya semasa di Stadium Emirates rabu lepas.

Bos the Gunners tersebut terpaksa menonton perlawanan play-off pertama, yang menyaksikan mereka menang 1-0, daripada bangku penonton akibat digantung kerana mengkritik pengadil Switzerland Massimo Busacca selepas kekalahan tahun lepas kepada Barcelona. Undang-undang UEFA menyatakan bahawa mana-mana pengurus yang telah digantung boleh berada di stadium tetapi tidak dibenarkan untuk menghubungi pasukannya – satu peraturan yang telah dilanggar melalui jurulatih Boro Primorac, yang duduk di sebelahnya, untuk menghubungi pembantu pengurus Pat Rice melalui telefon bimbit.

Laporan tersebut akan difailkan dan dalam masa yang sama para penyokong Arsenal akan berhadapan dengan keluarnya Nasri.

Pemain tengah Perancis yang kini dalam tahun akhir baki kontraknya dan telah menolak dari sebarang perpanjangan kontrak telah dilaporkan akan berpindah ke City dengan jumlah perpindahan £25 juta.
Nasri dijangka akan ke Manchester untuk ujian perubatan pada Khamis.


(Sumber: http://www.metro.co.uk/)