Arsenal setuju lepas Samir Nasri

Tuesday, August 23, 2011
Pemain berasal dari Perancis itu hanya selangkah lagi sertai Manchester City


Oleh M Yanuar F

Samir Nasri akan segera meninggalkan Arsenal setelah pihak kelab menyatakan persetujuan melepaskan pemain yang berasal dari Perancis itu ke Manchester City.

"Arsenal boleh mengesahkan bahawa mereka sudah menyetujui kesepakatan Samir Nasri untuk berpindah ke Manchester City," demikian kenyataan Arsenal dalam laman rasmi kelab.

Nasri sekarang sedang menuju ke Manchester untuk menjalani ujian perubatan untuk melengkapkan perpindahan. Jika hasil ujian positif, Nasri akan segera menandatangani kontrak bersama the Citizen.

Nasri akan menjadi pemain kunci Arsenal yang kedua yang meninggalkan kelab pada bulan ini setelah Barcelona membeli Cesc Fabregas dengan nilai perpindahan yang dijangka mencapai jumlah 40 juta euro.


(Sumber: http://www.goal.com/)