Kaka calon sasaran perpindahan pinjaman Arsenal

Sunday, August 21, 2011
Arsene Wenger bersedia memberi isyarat perubahan kepada polisi perpindahan Arsenal dengan cuba untuk menandatangani bintang Real Madrid, Kaka secara pinjaman


The Gunners berminat untuk membawa pemain gantian kepada kehilangan Cesc Fabregas sebelum tertutupnya jendela perpindahan, tetapi Wenger terus keberatan untuk membelanjakan sejumlah wang yang besar untuk mendapatkan pemain berumur yang punyai nilai jualan kecil

Kini dia kelihatan telah bersedia untuk mengubah sedikit pendekatannya dan membawa masuk bintang berpengalaman secara sementara sebagaimana yang diperlukan untuk menguatkan skuad mudanya.

Sebuah nama yang berada dalam radar mereka adalah pemain bintang besar Brazil dari Real Madrid, Kaka, seperti yang dilaporkan oleh the People.

Pemain berusia 29 tahun tersebut, yang telah berhijrah ke Santiago Bernabeu dengan jumlah perpindahan £56 juta dari AC Milan pada tahun 2009, bukanlah merupakan pemain yang termasuk dalam perancangan besar Jose Mourinho untuk musim baru dan telah diberitahu bahawa dia bebas untuk mencari kelab baru.

Dia telah mendapat tawaran daripada Chelsea, namun kini Arsenal kelihatan seperti sebuah destinasi yang lebih baik baginya.

Gaji Kaka merupakan satu permasalahan yang besar bagi the Gunners, tetapi kelab mungkin akan cuba mempertimbangkan untuk memecahkan struktur penggajian mereka kerana keperluan untuk menambah kekuatan pengalaman kepada skuad.

Salah seorang pemain berumur yang berada dalam pertimbangan mereka adalah pemain kebangsaan Argentina Lucho Gonzalez. Marseille mengesahkan pada Jumaat lepas bahawa Arsenal telah melakukan tawaran untuk menandatangani pemain berusia 30 tahun tersebut secara pinjaman.



(Sumber: http://www.metro.co.uk/)