Rennes tolak tawaran Arsenal kepada Yann M'Vila

Sunday, August 21, 2011
Rennes ikuti jejak Marseille yang menolak keinginan Arsenal dapatkan pemain


Oleh Donny Afroni

Usaha Arsenal untuk menyuntik barisan tengah dengan pemain baru kembali mengalami kesulitan setelah Rennes menolak tawaran the Gunners untuk Yann M'Vila dengan nilai €20 juta.

Pengurus Arsenal Arsene Wenger kini sedang giat mencari pemain untuk mengisi tempat yang ditinggalkan Cesc Fabregas. Kerana itu, beberapa senarai nama telah dihampiri sebelum pasaran perpindahan musim panas ditutup pada akhir bulan ini.

Canal+ menyatakan, kelabb Ligue 1 Perancis itu mengatakan bahawam mereka telah menolak tawaran yang ditawarkan dari kelab Utara London tersebut.

Ini bukan kali pertama Arsenal menemui kegagalan untuk mendapatkan pemain. Sebelum ini, Marseille juga menolak untuk melepaskan Mathieu Valbuena ke Emirates.

M'Vila baru-baru ini telah memperpanjang kontraknya bersama Rennes sehingga musim panas 2015. Selain Milan, kelab yang turut memerlukan khidmatnya adalah Inter Milan, AC Milan, dan Real Madrid.


(Sumber: http://www.goal.com/)