Samir Nasri kekal di Arsenal?

Sunday, August 21, 2011
Manchester City dan Arsenal dilaporkan gagal capai kesepakatan perpindahan Nasri


Oleh Henry AA

Dalam beberapa minggu terakhir ini, Nasri kerap dilaporkan akan keluar ke City dengan nilai perpindahan sekitar £22 juta.

Arsenal juga seperti tidak keberatan melepaskan pemain berasal dari Perancis tersebut kerana kontraknya akan berakhir pada musim depan dan Nasri juga enggan memperpanjang kontraknya.

Namun begitu berita terakhir dari stesen televisyen Perancis, Canal+ menyatakan bahawa proses perpindahan Nasri ke City gagal karena tidak mencapai kesepakatan dengan pihak Arsenal.

Dengan itu, Nasri akan menghabiskan baki kontraknya sehingga akhir musim ini. Perkhabaran tersebut seolah-olah ada kebenarannya apabila Arsene Wenger memasukkan Nasri sebagai pemain permulaan dalam perlawanan menentang Liverpool.

Nasri beraksi baik dalam perlawanan tersebut walaupun adakalanya mendapat cemuhan dari peminat Arsenal sebelum perlawanan dimulakan. Belum ada kenyataan rasmi dari pihak Arsenal dan situasi ini boleh berubah sehingga akhir bulan ini.


(Sumber: http://www.goal.com/)