Ryo Miyaichi peroleh permit di Inggeris

Tuesday, August 9, 2011
Miyaichi kini boleh perkuat Arsenal dalam kejohanan yang disertai the Gunners pada musim 2011/12

Oleh Donny Afroni

Harapan Ryo Miyaichi agar dapat bermain bersama Arsenal pada musim 2011/12 akhirnya menjadi kenyataan setelah pemain berasal dari Jepun itu mendapatkan permit kerja dari kerajaan Inggeris.

Miyaichi menyertai Arsenal pada Januari lalu, namun menghabiskan musim bersama klub Eredivisie Feyenoord kerana belum memperolehi permit. Perkara ini dilakukan agar Miyaichi mendapatkan pengalaman dalam bolasepak Eropah, dan secara tidak langsung menanti leputusan permitnya.

Kesatuan Bolasepak Inggeris (FA) hari ini telah melakukan pertemuan untuk mendengar keterangan dari pelbagai pihak, termasuk pengurus Arsene Wenger. Juru tektik Arsenal ini menganggap Miyaichi sebagai pemain berbakat luar biasa. Sokongan bertulis juga turut diberikan oelh kesatuan bolasepak Jepun (JFA).

“Kami tentu gembira apabila Ryo telah mendapat keizinan kerja. Ryo sudah bekerja keras sepanjang pra-musim dan memperlihatkan persembahan terbaiknya dalam beberapa perlawanan di Asia, Jerman dan Portugal,” ujar Wenger kepada laman rasmi klub.

“Ryo punyai teknik dalaman. Keseimbangannya juga baak. Teknik umpanannya selalu konsisten berada di tahap tertinggi. Dia telah memperoleh kejayaan bersama Feyenoord pada musim lepas, dan kami berharap dia memberikan kerjasama yang baik bagi pasukan pada musim ini.”


(Sumber: http://www.goal.com/)