Arsenal akhiri pra-musim dengan kekalahan kepada Benfica

Sunday, August 7, 2011

Benfica 2-1 Arsenal, Estadio da Luz, Portugal.

Arsenal played their final pre-season game of the summer in Lisbon, where a second half capitulation handed Portuguese side Benfica the Eusébio Cup.

The Gunners telah bertandang ke Estadio da Luz untuk menebus kekecewaan di Piala Emirates dan telah berjaya mengawal permainan selama 45 minit dengan persembahan mengagumkan oleh pemain baru Gervinho.

Robin van Persie, yang baru menyambut hari kelahirannya membuat jaringan pada pada 10 minit sebelum separuh masa pertama berakhir selepas menerima hantaran daripada Kieran Gibbs.

Bagaimanapun pengurus Arsenal Arsene Wenger melakukan pertukaran pada separuh masa kedua untuk merehatkan pemain berikutan pembukaan perlawanan Liga Perdana menentang Newcastle pada Sabtu nanti.

Pertukaran tersebut telah meletakkan Benfica mengawal penuh perlawanan dengan Pablo Aimar dan Nolito menjaringkan gol yang berselang sepuluh minit bagi pasukan tuan rumah yang menggunakan sebaiknya kesilapan pertahanan lemah dari Gibbs dan Sebastien Squillaci.


(Sumber: http://goonertalk.com/)