Cesc Fabregas: Arsenal masih miliki Jack Wilshere & Aaron Ramsey

Tuesday, August 16, 2011
Arsenal dianggap akan tetap memberi daya saingan dengan bantuan dua pemain muda mereka pada musim ini


Oleh M Yanuar F

Cesc Fabregas meyakinkan peminat Arsenal bahawa kelab akan tetap berdaya saing setelah dirinya meninggalkan Stadium Emirates.

Pemain Barcelona itu menganggap Arsenal masih memiliki dua pemain berbakat dan memiliki masa depan cerah yang mampu membawa pasukan ke arah kejayaan yang lebih baik dari musim lalu. Dua pemain versi Fabregas itu adalah Jack Wilshere dan Aaron Ramsey.

"Saya telah melihat persembahan Aaron selama tiga tahun dan Jack untuk dua setengah tahun. Jack pastinya akan menjadi ketua pasukan Inggeris pada masa akan datang, tidak diragukan lagi," ungkap Fabregas.

Pemain berasal dari Spanyol itu mengetahui bakat hebat yang dimiliki Ramsey dan Wilshere tidak memerlukan penglihatan 'mata' secara khusus.

"Mereka memiliki kemampuan yang luar biasa dalam melakukan gelecekan, mengumpan. Ramsey akan menjadi salah seorang pemain ternama pada masa akan datang," ujarnya.

"Aaron juga luar biasa dan dia mampu beraksi jauh lebih baik dalam penyelesaian akhir. Dia akan menjadi pemain bintang berikutnya di Arsenal."

Wilshere dan Ramsey, sambung Fabregas, adalah masa depan Arsenal dan kedua-duanya mampu bangkit untuk bermain dengan bagus kerana mereka punyai daya saing dan juara."

"Mereka akan jadi pemain yang luar biasa bagi kelab," akhir Fabregas.


(Sumber: http://www.goal.com/)