Arsenal Bersiap Perpanjang Kontrak Robin Van Persie

Tuesday, August 9, 2011

Oleh Tegar Paramartha

Jurulatih Arsenal Arsene Wenger dilaporkan telah bersedia untuk memperpanjangkan kontrak untuk Robin van Persie.

Pemain berasal dari Belanda tersebut akan memasuki tahun terakhirnya pada akhir musim depan dan Wenger menyedari bahawa mereka harus segera mencorakkan masa depan Van Persie dan terhindar dari penjualan dengan harga rendah.

Nampaknya Wenger tidak mahu lagi mempunyai masalah dengan pemain yang berada pada tahun akhir mereka, seperti yang dialaminya pada waktu ini dengan Samir Nasri.

The Daily Star Sunday melaporkan bahawa kontrak Van Persie akan berakhir pada tahun 2013, dan Arsenal akan memberikannya kontrak baru yang akan mengikat bintang Belanda tersebut sehingga tahun 2016.


(Sumber: http://www.goal.com/)