Bacary Sagna: Arsenal tetap padat

Thursday, August 18, 2011
Bacary Sagna anggap Arsenal harus menampilkan pertahanan seperti dua perlawanan terakhir, untuk dapat meraih kejayaan


Oleh Tegar Paramartha

Pemain pertahanan Arsenal Bacary Sagna menganggap kemenangan pasukannya ke atas Udinese dalam kelayakkan Liga Juara-juara menunjukkan bahawa mereka masih padat.

"Itu adalah gol terbaik, mencetak gol tanpa dibolosi. Itu bukan sesuatu perkara yang mudah kerana mereka mendapat banyak peluang untuk menjaringkan gol tetapi kami memenangi perlawanan jadi kami harus terus melangkah ke hadapan," ujar Sagna kepada Arsenal Player.

"Kami mengenali Udinese sebelum ini, Liga Italy terkenal dengan kesukaran dan jika anda membiarkan mereka terus bermain, mereka akan menjadi berbahaya. Tetapi daripada perlawanan menghadapi Newcastle dan Udinese, kami mendapati bahawa kami tidak dibolosi. Jika kami ingin meraih kejayaan, kami harus bertahan seperti ini dan terus bermain."

"Tetapi kami semua bersatu untuk tujuan yang sama dan kami juga telah menunjukkan semangat yang luar biasa."


(Sumber: http://www.goal.com/)