Wenger: Saya faham ketidaksabaran terhadap pengambilan baru

Sunday, August 7, 2011

Oleh Richard Clarke di Lisbon

Arsène Wenger memahami kekecewaan penyokong mengenai pengambilan baru pemain Arsenal dalam pasaran perpindahan musim panas ini dan berharap agar dapat menyediakan "berita gembira" tidak lama lagi.

Sejak jendela perpindahan dibuka pada Jun, pengurus tersebut telah membawa masuk Gervinho dan pemain muda Carl Jenkinson. Kedua-duanya merupakan sebagai tambahan untuk meningkatkan kualiti kelab namun Wenger mengakui bahawa dia mahu untuk terus menambah kekuatan pasukan.

Dengan musim baru yang hanya tinggal lebih seminggu sahaja lagi, dalam satu temubual eksklusif dengan Arsenal Player selepas Piala Eusebio di Benfica, lelaki dari Perancis tersebut menyatakan bahawa dia sedang gigih berusaha untuk mencapainya.

“Saya mungkin boleh akhiri semua [berkenaan urus niaga kami] tetapi ia tidak kelihatan begitu,” katanya. “Kami sangat bekerja keras, kami tidak henti-henti bekerja sepanjang musim panas ini. Saya berfikiran positif kerana kita punyai kualiti yang baik dan cara bermain yang telah difahami oleh para pemain. Maka kami mahu bukan kualiti biasa, tetapi kualiti super.”

Apabila ditanya mengenai kelewatan itu, pengurus tersebut menyatakan beberapa isu yang terpaksa dia tangani.

“Anda harus mengenalpasti pemain tersebut dahulu, menyetujui untukmembawa keluar mereka, menyetujui pada bayaran,” katanya. “Ini bermakna mereka mesti juga bersetuju dengan anda dan harus mencari pemain lain sebelum melepaskan pemain mereka. Di England, agar sukar untuk berpindah sepanjang musim panas kerana tidak ramai yang ada di sana. Begitu banyak perkara yang terpaksa kita hadapi sepanjang musim perpindahan itu. Tapi saya faham ketidaksabaran para penyokong.”

Dan adakah kesabaran akan membuahkan hasil nanti? Adakah Arsenal semakin hampir dengan pengambilan baru?

“Tidak, tidak pada waktu ini,” jawab Wenger. “Kami berharap akan mampu memberikan anda berita gembira nanti. Minggu depan sesuatu mungkin akan berlaku.”


(Sumber: http://www.arsenal.com/)