Bacary Sagna: Aaron Ramsey tidak kalah hebat

Wednesday, August 17, 2011
Sagna menyatakan bahawa Ramsey mampu menutup lubang yang ditinggalkan Cesc Fabregas


Oleh Gunawan Widyantara

Pemain pertahanan Arsenal Bacary Sagna memberi sokongan kepada Aaron Ramsey untuk memberikan impak besar di Emirates selepas kepergian Cesc Fabregas.

Ramsey bermain dengan baik ketika the Gunners menewaskan Udinese 1-0 dalam perlawanan pertama Liga Juara-juara dan Sagna berpendapat bahawa bekas pemain Cardiff City itu mampu mengisi lubang kosong yang ditinggalkan Fabregas.

"Kami telah memulakan musim di saat beberapa pemain akan meninggalkan pasukan. Situasi sebegini memang berlaku dan saya mendoakan yang terbaik buat Fabregas," kata Sagna di hadapan para jurnalis.

"Semua orang akan merindukan Fabregas, begitu juga saya. Tetapi Aaron Ramsey sejak akhir-akhir ini kerap memperlihatkan penampilan istimewanya."

"Sudah sampai masanya untuk Ramsey membuktikan kepada dunia sebagai pemain terhebat sama seperti yang telah dilakukan Fabregas." tambahnya.

Kerjaya Ramsey mula berkembang setelah berjaya memasuki pasukan utama Arsenal dan Wales. Namun perkembangannya pernah tergendala ketika mengalami patah kaki semasa menentang Stoke City pada musim 2009/10.


(Sumber: http://www.goal.com/)