Theo Walcott ingin jadi penyerang tengah

Wednesday, August 17, 2011
Theo Walcott tidak gemar bermain sebagai penyerang sayap


Oleh Anugerah Pamuji

Theo Walcott sejak beberapa musim terakhir memang kerap dijadikan oleh jurulatih Arsene Wenger sebagai penyerang sayap, bahkan dia beberapa kali diletakkan di bahagian belakang dalam posisi sayap tengah dalam formasi 4-4-2.

Perkara tersebut diakuinya sedikit sebanyak membuatkan dia agak kecewa. Menurutnya, bermain di bahagian tepi sebegitu tidak mengembirakannya. Apa yang diinginkan oleh Walcott adalah kembali bermain dalam posisi asalnya, iaitu sebagai penyerang tengah. Dan harapan itu sangat dinantikan oleh pemain sayap Inggris ini untuk musim baru ini.

"Itulah yang saya inginkan pada musim ini," katanya semasa berbicara mengenai posisi penyerang tengah.

"Kerana dengan posisi sedemikian saya boleh mencipta banyak jaringan pada musim ini," lanjut Walcott yang mengakui amat berharap untuk diletakkan oleh Wenger sebagai penyerang.

Semasa mengalahkan Udinese 1-0 dalam perlawanan play-off Liga Juara-juara, Walcott membuktikan bahawa dia mampu tampil hebat dengan gol tunggalnya walaupun dirinya tidak ditempatkan dalam posisi yang menjadi kegemarannya.

Akan tetapi bagi Walcott, kemenangan adalah perkara yang paling diharapkan bagi pasukan, bukan sekadar keinginan peribadi.

"Ia sangat menggembitrakan kerana mampu menjaringkan gol," terang Walcott walaupun dia diletakkan sebagai penyerang sayap.

"Namun perkara terpenting adalah meraih kemenangan [ke atas Udinese] tanpa bolos," tambah Walcott.


(Sumber: http://www.goal.com/)