Nicklas Bendtner mungkin kekal

Tuesday, August 16, 2011
Arsenal mungkin akan kekalkan penyerang Denmark tersebut musim ini

Oleh M Yanuar F

Arsene Wenger tidak menolak kemungkinan untuk mempertahankan Nicklas Bendtner pada musim ini, walaupun pemain tersebut yakin akan mendapat kelab baru.

Manajer Arsenal itu menyatakan setakat ini belum ada tawaran yang datang untuk Bendtner dan apabila keadaan ini berterusan sehingga tertutupnya jendela perpindahan musim ini, tenaga pemain yang berasal dari Denmark itu akan terus diperlukan.

"Saya berjanji untuk melepaskannya jika dia menemui kelab yang tepat dan perkara itu tidak berubah," ujar Wenger kepada Daily Mirror.

"Apabila saya berjanji, saya akan menepatinya," sambungnya.

"Tapi jika dia tidak menemui peluang yang tepat, dia akan kekal dan berjuang untuk mendapatkan tempat utama seperti pemain lain."

Wenger menganggap persembahan Bendtner sangat layak untuk disenaraikan dalam susunan skuad utama Arsenal musim ini.

"Dia terlihat tajam semasa latihan," tuntas Wenger.


(Sumber: http://www.goal.com/)