Alisher Usmanow tingkatkan sahamnya 20% di Arsenal

Tuesday, June 21, 2011
Lelaki Russia tersebut telah membeli tambahan 2% kepentingan dalam the Gunner selepas menaikkan tawaran yang dibuat oleh Stan Kroenke untuk saham di Arsenal Holdings, dengan ini bermaksud tiada kuasa muthlak


Oleh Alex Fisher

Pemegang saham Arsenal Alisher Usmanov telah menguatkan kedudukannya di dalam lembaga the Gunners selepas meningkatkan kepentingannya di dalam kelab kepada 29%.

Selepas pemegang saham majoriti Stan Kroenke meningkatkan kepentingannya kepada 67% pada April, telah dijangka bahawa lelaki Amerika tersebut akan mengambil alih kawalan keseluruhan kelab, namum peningkatan 2% Usmanow telah memberi mesej jelas bahawa dia tidak bersedia untuk itu berlaku.


Syarikat Red & White lelaki Rusia itu memperoleh saham baru dari Arsenal Holdings selepas dua bulan bidaan Kroenke ditolak, Red & White telah membeli saham-saham dengan nilai £14,000 seunit yang mana lebih £2,250 daripada apa yang ditawarkan oleh Kroenke.

Usmanov terlibat dalam bersama the Gunners pada 2007 apabila dia membeli 14.58% saham-saham daripada bekas pengerusi David Dein dengan nilai £75 juta, dan menegaskan bahawa dia tidak akan melepaskan kepentingan-kepentingannya dari kelab tersebut walaupun mendapat tawaran dari Kroenke.

Perkembangan ini menarik minat kepada Arsenal Supporters Trust, yang telah menolak untuk menyokong pengambil alihan Kroenke kerana mereka mahukan wakil dalam lembaga di Stadium Emirates dan dengan pengukuhan kedudukan kini kelihatan kawalan satu pihak ke atas kelab Utara London tersebut tidak akan berlaku dalam masa terkedat ini.


(Sumber: http://www.goal.com/)