Arsenal lancar jersi tuan rumah untuk ulang tahun ke-125

Thursday, June 9, 2011
Kelab Bolasepak Arsenal melancarkan pakaian kelengkapan tuan rumah untuk musim 2011/12 pada tengah malam Rabu lepas dengan acara istimewa untuk para penyokong yang hadir.

Di samping penampilan oleh tetamu legenda Arsenal seperti Rachel Yankey dan bintang pemain wanita Arsenal, Rachel Yankey, DJ turut dimainkan secara langsung di dataran Stadium Emirates dan peminat diberikan peluang untuk menguji kemahiran mereka dengan beberapa cabaran permainan bolasepak.

Hidangan percuma termasuk Bovril klasik dan hot dog menyemarakkan lagi suasana sehingga ke perjalanan mereka menuruni permaidani merah ke The Armoury Store di mana para tetamu disambut oleh pancaragam.

Sebaik sahaja waktu menunjukkan ke pukul 12 malam, para penyokong yang hadir boleh melihat kelengkapan baru yang mengandungi rekabentuk lambang, dengan perincian untuk 15 daun dalam bentuk kalungan yang mewakili syiling British yang telah dibayar oleh 15 orang untuk mewujudkan kelab dan 15 daun pokok oak sebagai simbolik kepada pengasas-pengasas yang bertemu di rumah tempatan Royal Oak di Selatan London pada 125 tahun lepas.

Beberapa barangan istimewa turut dijual termasuk 500 bola-bola warisan Arsenal (bernilai £25) yang mana dijual untuk harga pada tahun1886 iaitu harga tiga syiling berserta satu Syiling British.

Para peminat boleh melayari www.Arsenal.com untuk butiran acara-acara selanjutnya dalam ulang tahun tersebut.
 

(Sumber: http://www.arsenal.com/)