Malaysia vs Arsenal, Liverpool dan Chelsea - Sambutan hangat

Wednesday, June 15, 2011
Perlawanan Malaysia menentang Arsenal, Liverpool dan Chelsea. Tiket-tiket mendapat mambutan memberangsangkan

PETALING JAYA, 15 Jun (Bernama) - Tiket untuk perlawanan-perlawanan persahabatan antara Malaysia dan gergasi-gergasi Inggeris - Arsenal, Liverpool dan Chelsea di sini pada bulan depan telah mendapat sambutan yang memberangsangkan.


Ketua pegawai eksekutif ProEvents International Sdn Bhd, Julian Kam berkata bahawa tiket perlawanan menentang Arsenal terjual sebanyak 16,500, Liverpool dengan 20,000 dan Chelsea sebanyak 15,000 tiket.

"Ini adalah sebuah permulaan yang baik bagi perlawanan membabitkan pasukan-pasukan Liga Perdana Inggeris. Saya yakin yang semua tiket akan habis dijual pada akhir bulan," dia berkata di sini hari ini.

Pihak penganjur ProEvents mula menjual tiket-tiket berharga RM58 ,RM68 ,RM108 dan RM388 pada lima hari yang lepas. Tiket-tiket boleh didapati di kedai-kedai sukan terpilih seperti Adidas dan Tiketpro.

Malaysia akan menentang Arsenal pada 13 Julai, Liverpool pada 16 Julai dan Chelsea pada 21 Julai. Perlawanan Liverpool bermula pada 5:45pm manakala perlawanan menentang Arsenal dan Chelsea bermula pada 8:45pm.

(Sumber: http://www.bernama.com/)