Jangan ukur kejayaan Arsenal melalui trofi sahaja

Monday, June 20, 2011
Oleh Jack Preston

Arsene Wenger dikritik kerana keengganannya melenturkan kuasa kewangan Arsenal dalam jendela perpindahan, yang akhirnya telah menyebabkan the Gunners tidak berkemampuan dalam halangan terakhir (atau lebih awal) pada hampir setiap kejuaraan sejak 2005. Tetapi bolehkah sesuatu kejayaan itu diukur dalam cara yang lain selain daripada kejuaraan? Ya, ia boleh.

Walaupun ahli lembaga dan pengarah kewangan percaya sebuah kelab berprestij seperti Arsenal sangat bergantung kepada kejayaan mereka dalam kejohanan-kejohanan Eropah utama untuk beroperasi, namun begitu kejayaan keseluruhan mereka patut dilihat melalui kedudukan kewangan, pemasaran, penjualan tiket-tiket semusim, memperoleh kejayaan dalam kejohanan yang disertai serta pembangunan dalam pelaburan bakat-bakat muda. Dan tiada siapa yang lebih baik daripada Wenger dalam mengatur secara terperinci kesemua itu.

Sebenarnya, Wenger amat terkenal dengan kepercayaannya kepada bakat-bakat muda dan kesinambungan dalam sistem pemain muda di Arsenal, yang secara berterusan menghasilkan bintang-bintang dalam Liga Perdana.

Antara yang menonjol adalah kejayaan terbaru mereka, Jack Wilshere yang mendahului senarai produk yang telah lama berada dalam akademi Arsenal dan telah membawa kepada bolasepak terbaik.

Sebagai tambahan, baru-baru ini kos tinggi untuk pendapatan di dalam kelab-kelab lain seperti kelab Phil Jones dan Jordan Henderson, yang telah kerugian sebanyak £40 juta dalam aspek penjualan kini telah mendapat perhatian pengerusi-pengerusi sekitar negara itu, dan kini kedua-duanya boleh mengalihkan perhatian mereka serta keutamaan-keutamaan dalam membangunkan lebih ramai pemain muda.

Ia sudah tentu, bukan rahsia lagi kepada Wenger, yang telah melakukan perkara yang sama sedari awal lagi. Antara kejayaan-kejayaannya adalah termasuk Ashley Cole (£5 juta + William Gallas), Fabrice Muamba (£4 juta), Justin Hoyte (£3 juta) dan Seb Larsson (£1 juta).

Walaupun beberapa pemain yang disebut di atas memang muncul dalam dalam permulaan XI Wenger, penjualan mereka telah menyumbang kepada pembangunan kelab, dan membenarkan Arsenal mencari sasaran-sasaran yang lebih besar dan lebih baik yang mana mereka inginkan.

Disebabkan oleh perkara ini, Arsenal telah menjadikan kelab mereka sebagai sebuah kelab bolasepak dan sebuah organisasi yang bebas dalam masalah perniagaan, serta tidak perlu untuk membazirkan wang kepada pemain-pemain yang terlalu mahal untuk membantu mereka berada di tempat yang mereka duduki sekarang atau memenangi gelaran. Tanpa mengira kemarau trofi dalam perjalanan beberapa tahun mereka, mereka masih berada dalam pasukan 4 terbaik dalam Liga Perdana dan tersenarai dalam kelab Liga Juara-juara, yang merupakan satu hasil yang mengagumkan  berbanding lawan-lawan mereka yang melakukan perkara yang bertentangan.

Tetapi persoalan yang dihadapi oleh mereka-mereka yang mempunyai percanggahan dengan polisi perpindahan Wenger ialah sama ada mereka akan suka untuk memenangi pelbagai gelaran tetapi membiarkan kelab diletakkan dalam risiko berbahaya, atau terus bersabar dan mempercayai Wenger serta terus berpegang kepada rancangannya?


(Sumber: http://www.chichester.co.uk/)