Lionel Messi gemarkan Arsenal & Manchester United

Thursday, July 7, 2011

Pemain lincah tersebut menyukai gaya permainan dua klelab Inggeris yang disingkirkan oleh Barca dalam Liga Juara-juara pada musim lepas itu.

Oleh Dede Sugita

Lionel Messi mengaku bahawa dirinya menyukai gaya permainan yang ditampilkan oleh Arsenal dan Manchester United.

Kedua-dua pasukan Inggeris itu ditewaskan oleh Barcelona dalam perjuangan menuju ke peringkat kejuaraan dalam kejohanan Liga Juara-juara 2010/11.

The Gunners disingkirkan pada fasa lapan pasukan terakhir, manakala United dibelasah 3-1 pada perlawanan akhir di Wembley pada akhir Mei lepas.

“Saya menggemari Manchester United kerana mereka memiliki pemain-pemain yang sering berusaha untuk memainkan bolasepak dengan cara yang baik,” ujar bintang pasukan Catalan itu seperti yang dipetik dari Tribalfootball.

“Arsenal juga mempunyai sistem dan idea seperti bolasepak kami,” tambah penyerang Argentina yang sedang beraksi untuk negaranya dalam kejohanan Copa America itu.

Bagaimana dengan Real Madrid, musuh tradisi dalam La Liga yang ditewaskan Blaugrana dalam separuh akhir UCL musim lepas?

“Real Madrid mungkin tidak begitu menakjubkan sebagai sebuah pasukan, tetapi mereka memiliki beberapa pemain hebat. Mereka sangat baaik dalam serangan balas,” tambahnya.


(Sumber: http://www.goal.com/)

1 Komen:

  1. benar kata Pele..Messi belum cukup baik..hanya menerlah dgn Barca tp bukan team lain..tak macam CR7..