Wilshere - Kekal teguh dan kita akan jadi juara

Wednesday, July 13, 2011

Oleh Chris Harris

Kekuatan karakter dan beberapa wajah-wajah baru mampu menjadikan Arsenal juara pada musim ini, menurut Jack Wilshere.

Pemain berusia 19 tahun itu menikmati musim perkembangan yang menakjubkan bagi kelab dan negaranya sepanjang musim 2010/11 lepas, dengan melakukan lebih banyak kemunculan dalam skuad utama berbanding mana-mana rakan sepasukan Arsenalnya dalam memperkukuhkan dirinya sebagai pemain bahagian tengah England.

Harapan Wilshere untuk merangkul kejayaan manis berakhir dengan dramatik apabila Birmingham memenangi perlawanan akhir Piala Carling di Wembley pada Februari lepas. Namun begitu pemain muda tersebut yang kini berada di Malaysia, telah bersedia untuk langkah berikutnya.

"Ia sangat bermakna untuk memenangi trofi pada musim ini," katanya. "Pada musim lepas kami gagal mendapatkannya. Apa yang berlaku di babak akhir-akhir menentang Birmingham telah menghancurkan segala harapan.

"Kami sering menghampiri setiap kali berada di hujung musim. Namun kami harus kekal teguh dan menandatangani lebih lagi pemain baru dan mungkin itu akan menjadikan perjalanan lebih lancar.

"Kami telah mengatakan dalam beberapa musim yang lepas bahawa kami perlu lebih kukuh tetapi bos kami lebih mengetahui tentang apa yang dilakukan olehnya. Semoga dia akan membawa apa yang kami perlukan dan memenangi sesuatu pada akhir musim."

Wilshere kini telah bersiap-sedia untuk melangkah ke musim baru ini setelah berkorban untuk kejohanan eropah bawah21 dan memerlukan tempoh rehat yang cukup pada musim panas ini. Dia yakin bahawa dia melakukan perkara yang tepat.

"Sebelum kejohanan itu bermula, kami telah bercakap tentang betapa pentingnya untuk tempoh rehat dan kini saya telah mendapatkan rehat yang cukup," katanya. "Akan akan menyiapkan diri untuk permulaan musim nanti. Saya telah keluar untuk beberapa hari percutian dan merasai ketenangan pantai. Kini berasa sangat tenang.

"Sudah tentu sebahagian dalam diri saya ini mahu bermain. Apabila anda melihat sesuatu perlawanan, anda tentu mahu turut bermain namun kita harus melihatnya dalam gambaran yang lebih luas. Gambaran yang lebih luas bagi saya pada waktu itu adalah untuk mendapat rehat secukupnya dan membuat persiapan kerana kami bakal menghadapai kelayakkan Liga Juara-juara dan permulaan yang sukar."


(Sumber: http://www.arsenal.com/)