Fifa lancar ‘Anti-Diskriminasi’

Thursday, July 14, 2011
 

PERSEKUTUAN Bola Sepak Dunia (Fifa) semalam mengambil kesempatan melancarkan ‘Kempen Anti-Diskriminasi’ ketika Kejohanan Piala Dunia Wanita 2011 berlangsung di Jerman.

Presiden, Joseph S Blatter berkata, kempen itu semasa perlawanan separuh akhir di Frankfurt dan Monchengladbach bagi menerangkan kepada masyarakat mengenai sebarang bentuk ketidakadilan sosial.

“Bola sepak merupakan cermin masyarakat namun dirosakkan segelintir individu. Kami mesti menunjukkan kepada umum bola sepak boleh mendidik rakyat, mempunyai nilai murni dan bebas daripada sebarang unsur diskriminasi,” katanya.

Blatter berkata, kempen itu diadakan beberapa minit sebelum perlawanan sebenar bermula.

Hari Anti-Diskriminasi pertama kali diperkenalkan pada 7 Julai 2002 selepas Kongres Fifa meluluskan resolusi di Buenos Aires, Argentina pada 2001.


(Sumber: http://www.sinarharian.com.my/)