Arsenal bantu Poland untuk pengawasan hooliganism di Euro 2012

Tuesday, June 14, 2011
Hos bersama mengesahkan bahawa mereka telah menandatangani perjanjian bersama the Gunners bagi membantu menghasilkan pengawasan lebih baik kerana kebimbangan dalam aktiviti hooliganism sepanjang kejohanan tersebut.


Oleh Ananth

Poland FA telah mengesahkan bahawa mereka telah menandatangani perjanjian bersama Arsenal dalam latihan terhadap pelatih kawalan untuk Kejuaraan Eropah tahun depan, yang mana mereka merupakan tuan rumah bersama dengan Ukraine.

Terdapat beberapa masalah berkenaan hooliganism di Poland seketika dahulu, dan negara tersebut telah mencuba untuk mendapat bantuan dari the Gunners untuk memastikan bahawa peraturan akan terpelihara di dalam stadium.

Setiausaha Rendah Negara dalam Kementerian Sukan dan Pelancongan Poland, Tomasz Polgrabski, mengesahkan bahawa satu perjanjian telah siap diatur dengan kelab Utara London tersebut berkenaan dengan sebuah program untuk pelatih kawalan.

"FA kami telah menandatangani sebuah kontrak bersama Arsenal," katanya menurut The Independent.

"Kakitangan kami telah pergi ke Arsenal untuk belajar bagaimana untuk melatih para pengawal. Sekarang kami mempunyai sebuah program untuk dilaksanakan dan menghasilkan pelatih-pelatih kawalan yang lebih baik serta berkelayakan dan berkebolehan untuk mengurus jika berlaku perkara-perkara yang tidak diingini."

Polgrabski juga mengaku bahawa hooliganism merupakan salah satu masalah yang perlu dititik beratkan, dan ia merupakan isu yang melanda keseluruhan benua itu, bukan sahaja Poland.

"Ia [hooliganism] adalah sebuah ancaman," katanya. "Kami telah mengambil perhatian terhadap perkara ini dan akan menangani masalah ini dengan serius.

"Kerajaan telah pun menutup beberapa stadium dan kami mahu meyakinkan kelab untuk membantu kami dalam memerangi gejalan hooliganism ini.

"Kami telah mewujudkan beberapa peraturan dan cuba untuk mencari cara penyelesaian lain seperti tidak membenarkan apa-apa yang akan menutupi muka anda. Jika anda berbuat demikian, anda boleh diberkas.

"Kami akan bekerjasama dengan polis dan perkhidmatan rahsia tetapi ia bukan masalah yang kami boleh selesaikan dan berasa ia telah merebak jauh kerana ia berlaku bukan sahaja di Poland, tetapi di seluruh Eropah."

.
(Sumber: http://www.goal.com/)