Arsenal: Hari ke-4 di Kuala Lumpur

Thursday, July 14, 2011

Oleh Josh James di Kuala Lumpur

Empat jaringan gol tanpa bolos, setiap pemain beraksi dan sokongan yang tidak akan dilupa dari peminat - semuanya dalam perlawanan sebuah malam yang meyempurnakan jejalah Arsenal ke Malaysia.

'Lethal Gunners' adalah tajuk utama di muka surat belakang akhbar The Star di Kuala Lumpur pagi ini, dan seterusnya akhbar itu menyatakan bahawa 'Arsenal memberikan pengajaran buat Malaysia dalam bolasepak' serta mengulas lanjut dalam tiga muka surat.

Berhadapan dengan 70,000 peminat di dalam stadium - yang kebanyakannya memakai pakaian sukan Arsenal. Ia menjadikan atmosferanya unik - seolah-olah perlawanan akhir merebut piala, dan kesemua peminat mahu melihat kedua-dua pasukan memenanginya.

Salah satu banner yang terpapar disebalik Satdium Bukit Jalil yang boleh memuatkan 87,000 tempat duduk itu berbunyi dengan indah sekali – 'Gunners in my heart - Tigers are my soul' [The Gunners di hati - Harimau di jiwa]. Perlawanan tersebut membawa makna yang cukup bersar untuk sebuah perlawanan skuad kelab menentang skuad kebangsaan. Peminat-peminat ini memilih untuk menyokong kedua-duanya.

Tetapi tidak dinafikan bahawa kebanyakan yang hadir adalah untuk melihat hero-hero Arsenal yang berada di hati.

Keriuhan dan keghairahan telah bermula tiga jam di dalam bangunan itu sebelum sepakmula, yang mana kemuncaknya berlaku apabila skuad telah mengambil tempat di lapangan padang pada 8.45pm waktu tempatan.

Sepakan penalti awal Aaron Ramsey's memberikan jurang kepada kedua-dua pasukan dan skuad the Gunners meneruskan penguasaan mereka.

Ia turut menjadi malam yang istimewa buat Ryo Miyaichi dan Carl Jenkinson, yang mana kedua-duanya menyarungkan jersi Arsenal untuk pertama kali dan kedua-duanya sangat dialu-alukan untuk penampilan mereka. Secara tepatnya, ini merupakan kali pertama bagi setiap pemain dalam pasukan dalam sarungan jersi tersebut yang merupakan jersi baru sempena ulang tahun ke 125 Arsenal.

Pada tiupan wisel penamat, ketua pasukan Thomas Vermaelen naik ke atas untuk menerima perisai daripada orang kenamaan di Malaysia sebelum skuad kembali ke hotel untuk hidangan makan.

Menjelang tengahari, selepas sesi tandatangan kepada peminat di luar lapangan masuk hotel, para pemain meninggalkan Kuala Lumpur menuju ke Hangzhou - yang akan memakan masa selama lima jam penerbangan.

Malaysia telah memberi kejayaan yang hebat - kini China destinasi seterusnya.


(Sumber: http://www.arsenal.com/)