Piala Emirates

Saturday, July 2, 2011

Oleh Alfreedino Ahmad

Piala Emirates merupakan sebuah perlawanan bolasepak pra-musim dua hari tahunan yang dihoskan oleh kelab Liga Perdana Inggeris Arsenal dan diadakan di Stadium Emirates, di halaman sendiri kelab tersebut. Ia merupakan kejohanan yang sama Kejohanan Amsterdam dihoskan oleh Ajax.

Sama seperti Kejohanan Amsterdam, setiap pasukan akan bermain untuk dua perlawanan, dengan tiga mata akan dianugerahkan bagi satu kemenangan, suatu mata bagi keputusan seri, dan satu mata untuk setiap gol dijaringkan. Dari edisi 2009, jika pasukan terikat pada mata yang sama, perbezaan gol serta bilangan gol, mereka akan dinobatkan berdasarkan jumlah bilangan percubaan yang menghampiri sasaran semasa perlawanan.

Arsenal merupakan juara bertahan bagi trofi tersebut; mereka menang perlawanan pada tahun 2007, 2009 dan 2010. 

Pada pra-musim tahun 2011/12 ini, empat pasukan akan bertanding seperti Arsenal (England), Boca Juniors (Argentina), New York Red Bulls (Amerika Syarikat) dan Paris Saint-Germain (Perancis).