Arsenal: Hari ke-3 di Kuala Lumpur

Wednesday, July 13, 2011

Oleh Josh James di Kuala Lumpur

Sesi latihan semalam tidak pernah dialami oleh mana-mana pemain Arsenal sebelum ini.

Selepas menandatangani autograf kepada peminat yang bertempat di hotel yang terletak di pinggir KL itu, para pemain akhirnya di hantar ke Stadium Bukit Jalil pada jam 6.30pm.

Setibanya di stadium setengah jam kemudian, keriuhan di dalam stadium mula kedengaran. Setiap ahli dalam skuad - kakitangan latihan - diperkenalkan kepada penonton semasa mereka keluar secara individu melalui terowong stadium.

3/4 daripada kapisiti 87,000 tempat duduk di stadium nasional tersebut hampir dipenuhi, namun keriuhan yang dihasilkan oleh para peminat seolah-olah menggambarkan stadium tersebut telah dipenuhi.

Keadaan ini berbeza dengan sesi latihan sebelumnya yang mana lebih tertutup dan berkeadaan sunyi.

Robin van Persie terus menunjukkan kemampuannya namun dia tidak bernasib baik kerana beberapa sepakannya mengenai palang dan tiang. Terdapat juga tindak balas yang menakjubkan daripada Wojciech Szczesny dalam menyelamatkan bola.

Seterusnya mereka melakukan latihan yang lebih mudah dengan latihan yang digelar sebagai crossbar challenges, permainan tipu helah serta sepakkan penalti. Para pemain menikmati latihan tersebut sehingga terlupa untuk meninggalkan apabila sesi latihan telah tamat.

Sebelum para pemain meninggalkan padang untuk membersihkan diri, para pemain melakukan larian penghormatan ke atas para peminat serta memberikan hadiah kepada penonton.

Ternyata para pemain sangat gembira dengan sesi latihan tersebut serta sokongan para peminat di Malaysia sebagaimana yang dinyatakan oleh mereka di hadapan kamera Arsenal TV.


(Sumber: http://www.arsenal.com/)