Yang mana pula bakal menjadi Away Kit dan Third Kit bagi Arsenal?

Sunday, June 19, 2011
Jersi ulangtahun ke 125 tahun Arsenal telah dilancarkan. Pada masa ini, hanya home kit sahaja yang telah kita ketahui namun pelbagai rumor telah kita dengar. Jadi, yang mana pula bakal menjadi away kit dan 3rd kit Arsenal?


Dalam banyak-banyak rumor tersebut, hanya salah satu daripadanya kelihatan hampir tepat kerana video di atas telah memberi sedikit bayangan kepada kita. Blog The Gunners Malaysia akan membawa anda untuk mengkaji screenshot semasa gambar Home Kit Wilshere sedang diambil.

 

Gambar di atas ini merupakan antara rumor yang paling popular. Blog The Gunners Malaysia cuba mencari beberapa rumor yang lain untuk dipaparkan melalui blog ini dan dapat melihat pelbagai rekabentuk berlainan. Namun begitu, penulis cuba untuk mengaitkan unsur-unsur ulangtahun ke 125 Arsenal dan hanya gambar di atas yang menghampiri. 

Jika anda perhatikan jersi berwarna biru hitam melintang di atas, ia mempunyai ciri-ciri badge yang hampir sama dengan jersi home kit. Mempunyai badge yang tidak berwarna, hanya badge putih dengan berlatar belakangkan warna jersi itu sendiri.

Jersi berwarna putih pula mempunyai jalur biru yang menghampiri third kit pada musim 2009/2010. Namun badgenya lebih menarik dengan warna badge Arsenal kini yang di tambah dengan unsur gandum yang mewakili koin-koin British dan wang emas.

Walaupun away kit Arsenal ini masih belum diumumkan lagi, salah satu jersi tersebut telah muncul di dalam video di atas. Walaupun tidak muncul secara umum, namun ia cukup jelas kelihatan.

Gambar di bawah merupakah screenshot yang diambil daripada video di atas. Jika anda lihat di bahagian tengah gambar di bawah, dua orang lelaki sedang membelakangi jersi yang menyerupai salah satu rumor tersebut. Anda boleh cuba memainkan video di atas berulangkali untuk memastikan kesahihan screenshot yang penulis ambil di sini.


Adakah benar jersi dengan warna biru hitam melintang ini akan menjadi away kit Arsenal? Kita akan terus menunggu. Blog The Gunners Malaysia turut mengharapkan agar jersi berwarna putih bakal diumum sebagai salah satu kit untuk Arsenal musim ini kerana ia kelihatan lebih kemas.