Arsene Wenger tegaskan kekal di Arsenal

Sunday, August 21, 2011
Wenger menegaskan bahawa dirinya sudah biasa menghadapi tekanan dari pihak mana pun


Oleh Donny Afroni

Pengurus Arsenal Arsene Wenger menegaskan bahawa dirinya tidak akan meninggalkan kerusi jurulatih the Gunners, berikutan pasukan kendaliannya masih belum memperoleh keputusan memberangsangkan dalam dua perlawanan.

Kekalahan 2-0 kepada Liverpool membuatkan peminat Arsenal mengeluarkan cemuhan. Di sebuah bahagian, sekelompok kecil peminat menjerit agar Wenger berbelanja untuk pemain dengan kualiti yang bagus, tanpa memikirkan perbelanjaan yang akan kelab keluarkan.

“Saya sudah biasa berada di bawah tekanan. Ini juga bukanlah sesuatu yang luar biasanya,” ujar Wenger selepas selesai perlawanan.

“Dalam tugas seperti ini, setiap kekalahan ibarat sebuah kemusnahan atau gempa bumi. Perlawanan malam Rabu nanti [menentang Udinese] sangat penting bagi kami. Selepas itu, kami menghadapi Manchester United. Kami menentang pasukan besar seawal musim, selain dari Liverpool.”

Namun Wenger enggan memberikan komen mengenai khabar dari Prancis yang menyatakan Samir Nasri akan kekal di Emirates setelah perbincangan kontrak dengan Manchester City menemui jalan buntu.

“Tidaak ada yang memberitakan saya mengenai perkara itu. Saya tidak tahu mengenai masa depannya,” kata Wenger.

“Saya sering katakan akan berusaha mempertahankan Samir Nasri. Keinginan saya tidak pernah berubah. Dia menyayangi kelab, ingin bermain bersama kami. Jika dia memutuskan untuk kekal, kami akan lebih gembira. Saya belum memutuskan samada dia akan diturunkan menentang Udinese atau tidak. Untuk waktu ini, saya gembira dia masih berada di sini,” kata Wenger.

Jurulatih berasal dari Perancis ini kemudiannya memberikan pendapatnya mengenai tuntutan penyokong agar dia membeli pemain lagi.

“Anda sering ingin berusaha untuk membuatkan penyokong gembira. Tetapi saya memikirkan sasaran kami adalah memiliki pasukan dan pemain yang bagus. Anda boleh menghabiskan banyak wang, dan punyai pasukan yang buruk,” ucap Wenger.


(Sumber: http://www.goal.com/)