Arsene Wenger: Emmanuel Frimpong layak kad merah

Sunday, August 21, 2011
Arsene Wenger anggap Emmanuel Frimpong hanya kurang pengalaman


Oleh Tegar Paramartha

Jurulatih Arsenal Arsene Wenger mengakui Emmanuel Frimpong memang layak mendapatkan kad merah semasa menghadapi Liverpool dalam perlawanan Liga Perdana Inggeris di Emirates menentang Liverpool.

Seperti yang diketahui, dalam perlawanan yang berkesudahan 2-0 untuk kemenangan Liverpool tersebut, Frimpong memperoleh dua kad kuning yang menyebabkan dia terpaksa keluar padang sebelum perlawanan berakhir.

"Frimpong adalah mangsa daripada kekurangan pengalaman dan semangat yang berlebihan," ujar Wenger.

"Dia memang layak mendapatkan kad kuning kedua, dia seharusnya tidak melakukan perkara seperti itu."



(Sumber: http://www.goal.com/)