Kenny Dalglish tetap puji Arsene Wenger

Sunday, August 21, 2011
Dalglish mengatakan Wenger telah banyak berbakti buat Arsenal


Oleh Henry AA

Liverpool meraih kemenangan pertama pada musim ini dengan mengalahkan tuan rumah Arsenal 2-0, Sabtu lepas. Untuk pertama kalinya, the Reds mampu menang di Stadium Emirates.

Keputusan itu membuatkN kedudukan Wenger kian goyah kerana pasukannya belum meraih kemenangan bermula pada dua perlawanan awal dalam Liga Perdana Inggeris. Jurulatih berasal dari Perancis tersebut juga banyak dikritik kerana tidak menyediakan pengganti bagi Cesc Fabregas yang berhijrah ke Barcelona.

Meskipun begitu, Dalglish membela saingannya itu dengan mengatakan bahawa Wenger telah banyak berbakti kepada Arsenal sejak menjadi jurulatih pada 1996.

"Bagi saya, Arsene Wenger sudah melakukan tugasnya yang terbaik bagi Arsenal. Semasa mereka mengalami masalah, dia mampu membawa kelab keluar dari masalah dan membuat mereka bangkit kembali," ucap Dalglish seperti yang dipetik melalui Soccernet.

"Dia banyak mendatangkan pemain muda berbakat dan kemudian menjualnya dengan nilai yang tinggi. Dia mampu membuat kewangan kelab lebih kukuh dan tetap menjadi kelab yang hebat."

"Apa yang kurang baginya hanyalah piala yang belum diperoleh sejak beberapa tahun terakhir ini. Pihak kelab mungkin harus lebih bersabar kerana Arsenal tetap pasukan yang bagus meskipun banyak kehilangan pemain utama mereka. Hari ini kami terpaksa bekerja keras untuk mampu mengalahkan mereka."


(Sumber: http://www.goal.com/)