Jack Wilshere rehat 2 bulan?

Tuesday, August 23, 2011
Berkemungkinan kecederaan pemain tengah Arsenal itu berada dalam kategori parah


Oleh M Yanuar F

Arsenal tidak dapat menurunkan Jack Wilshere dalam waktu terdekat. Ini kerana kecederaan buku lali yang dialaminya kelihatan agak parah dari jangkaan sebelum ini.

Sebelum ini Wilshere dijangkakan sudah mampu kembali beraksi semasa Arsenal bertandang ke Udinese dalam perlawanan kedua playoff Liga Juara-juara.

Namun secara faktanya, Wilshere tidak kelihatan dalam sesi latihan. Kecederaan buku lali memaksanya untuk tetap berada di bangku simpanan dan menjalani rawatan.

Ia dikhuatiri kecederaan yang dialami oleh Wilshere lebih parah dari jangkaan sebelum ini. Khabarnya, Wilshere mesti menjalani masa istirehat sehingga dua bulan kerana kecederaan tersebut.

Jika benar demikian, Arsenal boleh dikatakan sebagai berada dalam kondisi kritikal. persoalannya kini adalah mereka sudah kehilangan beberapa pemain handalan di awal musim ini.

Cesc Fabregas telah pun berhijrah dan Samir Nasri akan meninggalkan kelab, sementara itu Tomas Rosicky dan Abou Diaby tidak dapat diturunkan akibat mengalami kecederaan ringan. Manakala Alex Song dan Emmanuel Frimpong menjalani pergantungan perlawanan.


(Sumber: http://www.goal.com/)