Berbatov mungkin ke Sevilla

Thursday, April 21, 2011

MANCHESTER - Penyerang Manchester United, Dimitar Berbatov berkemungkinan besar berhijrah ke kelab La Liga, Sevilla musim depan dengan bayaran perpindahan 12 juta pound (RM60 juta).

Berbatov, 30, ialah penjaring terbanyak United namun kini dalam keadaan terdesak selepas dia sering memanas bangku simpanan.


Dan Sevilla menghidu peluang itu memandangkan kontrak penyerang Bulgarian tersebut akan tamat musim depan, justeru berpeluang mendapatkan khidmatnya pada harga rendah.

Sevilla telah menghubungi ejen Berbatov, Emile Dantchev, namun segala-galanya adalah bergantung kepada harga yang sedia diterima United kerana mereka tentunya tidak sanggup membiarkan pemain yang dibeli daripada Spurs pada 2008 dengan 30.75 juta pound (RM150 juta) pergi dengan murah.

Biarpun menyumbang 48 gol daripada 123 penampilan, termasuk 22 dan tiga hatrik musim ini, dia bukanlah pemain kegemaran para penyokong.

Penyerang Mexico yang baru dibawa masuk Alex Ferguson musim ini, sebaliknya, dilihat sebagai pilihan yang lebih sesuai beraksi bersama Wayne Rooney di jentera serangan. - AGENSI


(Sumber: http://www.utusan.com.my/)