Arsenal terus bertarung dalam kejuaraan liga yang 'terbuka penuh' - Arsene Wenger

Thursday, April 21, 2011
Bos skuad the Gunners percaya yang pasukannya masih boleh terus bertarung dalam liga, walaupun mereka mendapat keputusan seri dalam empat daripada lima perlawanan terakhir mereka dan melihat pemain-pemainnya melepaskan peluang kemenangan ke atas Tottenham


Oleh Adithya Ananth

Arsene Wenger percaya bahawa Arsenal masih berpeluang memenangi Liga Perdana walaupun kehilangan mata kepada Tottenham.

Kedua-dua pasukan bertembung dalam perlawanan sejiran Utara London di White Hart Lane  dan skuad the Gunners mendahului 3-2 di babak akhir separuh masa pertama. Tetapi sebuah penalti menghalang pasukan pelawat semasa separuh masa kedua memperlihatkan Rafael van der Vaart menyamakan kedudukan untuk membawa pulang 1 mata kepada tuan rumah.


Ini merupakan keputusan seri Arsenal yang keempat daripada lima perlawanan terakhir mereka untuk skuad the Gunners, tetapi Wenger masih mengekalkan pandangan positif ke atas situasi itu.

"[Perlumbaan kejuaraan] terbuka sepenuhnya," Wenger memberitahu wartawan-wartawan. "Kami perlu bersedia untuk perlawanan berikutnya dan berjuang, sebagaimana yang kami lakukan.

"Pasukan ini mempunyai sikap yang luar biasa, mereka mempunyai konsistensi yang luar biasa. Ia terbuka, ia amat bergantung kepada kami untuk meneruskan persaingan."

Keputusan seri dengan pasukan Harry Redknapp dan dalam masa yang sama Chelsea menang ke atas Birmingham City melihat skuad the Gunners jatuh untuk tempat ketiga dalam liga.

"Ia merupakan sebuah perlawanan yang sukar, dengan bermain di tahap sederhana, kami tidak mampu untuk  mendapatkan 1 mata pun," dikatakan Wenger. "

Kami telah bermain 16 perlawanan tanpa kekalahan, tetapi kami tidak mendapat mata yang cukup kerana keputusan seri. Itulah yang perlu kami kaji semula pada penghujung musim nanti.

"Walaupun kami ialah 3-1 naik permainan tidak dimenangi, tetapi ia bukanlah keputusan yang teruk kerana, setelah apa yang berlaku pada kami pada hari Ahad lepas, untuk pulih dan datang kembali dengan semangat sebegitu saya percaya ia menunjukkan pasukan ini mempunyai sebuah mentaliti yang cemerlang." 



(Sumber: http://www.goal.com/)