FA tidak akan dakwa Dalglish kerana menyumpah

Tuesday, April 19, 2011
FA tidak akan mengenakan dakwaan terhadap bos Liverpool kerana menyumpah rakan sejawatnya di Arsenal, Arsene Wenger. Kedua-dua mereka telah bertikam lidah semasa the Reds dianugerahkan sepakan penalty di babak akhir di Emirates, dan ia sangat berbeza dengan tuntutan Sir Trevor Brooking terhadap kesalahan Rooney.


Oleh Adithya Ananth

FA telah mengesahkan bahawa pengurus pasukan Liverpool Kenny Dalglish tidak akan dikenakan dakwaan terhadap penggunaan kata-kata yang tidak professional terhadap pengurus pasukan Arsenal, Arsene Wenger.


Kedua-dua orang kuat kelab mereka itu telah bertikam lidah semasa the Reds telah dianugerahkan sepakan penalty dibabak-babak selepas waktu sebenar telah tamat, dengan lelaki yang berasal dari Perancis itu percaya bahawa pemainnya menerima padah dengan keputusan itu, dan kamera TV telah menangkap perbuatan lelaki dari Scotland itu menyumpah kepada pengurus the Gunners.

Penyerang Manchester United Wayne Rooney menerima penggantungan dua perlawanan akibat penggunaan kata-kata kesat di hadapan lens kamera, yang dilihat sebagai pilih kasih.

Tetapi jurucakap bagi FA seperti yang dipetik melalui The Mirror sebagai berkata, "Kami agak jelas bahawa konteks kejadian Rooney sama sekali berbeza bagi kejadian lain yang disebut seperti baru-baru ini."

Sementara itu, pengarah pembangunan bolasepak FA, Sir Trevor Brooking berharap agar isu seperti menyumpah dan hukuman lanjutan akan diperjelaskan selepas Dalglish tidak didakwa.


"Ia sangat berbeza [dengan Rooney]", katanya. "Reaksi yang melulu ke kamera [dari Rooney] itu sangat berbeza.

"Saya amat memahami kenapa insiden dalam perlawanan di West Ham membawa kepada tindakkan, tapi kali ini ia bukan yang seperti itu, yang mana bagi saya ia tidak sama dan tidak mungkin boleh diperbandingkan.

"Kemana-mana sahaja saya berada sejak perlawanan Manchester United menentang West Ham, saya tidak fikir saya menemui sesiapa yang merasakan ia bukan keputusan yang betul.


"Jika ada sesiapa yang masih tidak pasti kenapa tindakkan itu diambil, kita akan perjelaskannya agar ia konsisten. Sepatutanya ada kefahaman penuh terhadap perkara ini. Penjelasan akan memastikan kita semua daripada terus berdebat.""



(Sumber: http://www.goal.com/)