Real julang Copa Del Rey

Thursday, April 21, 2011

JARINGAN tunggal Cristiano Ronaldo pada masa tambahan sudah cukup buat Real Madrid menjulang trofi Copa Del Rey pada perlawanan akhir menentang musuh ketat Barcelona di Estadio Mestalla, Valencia, awal pagi semalam.

Perlawanan dihiasi beberapa layangan kad kuning itu bagaimanapun dikuasai Barca, namun barisan serangan diketuai pemain terbaik dunia, Lionel Messi gagal memanfaatkan peluang terhidang di hadapan pintu gol.

Perlawanan itu boleh diibaratkan sebagai pertemuan tikus menentang singa kerana Real gagal menguasai dan sering kehilangan bola kepada pemain Barcelona.

Kemenangan Real itu hadir selepas mereka mencatatkan keputusan seri 1-1 ke atas pasukan bimbingan Pep Guardiola pada pertemuan La Liga di Santiago Bernabeu, Sabtu lalu. 


(Sumber: http://www.sinarharian.com.my/)