Tekanan bertambah pada Wenger, tapi siapa mampu menggantikannya?

Tuesday, April 19, 2011
Oleh Jon West


Untuk lebih dari sedekad, Arsene Wenger telah menikmati sokongan yang tidak berbelah bagi daripada sejumlah besar sokongan di Arsenal. Ia merupakan satu darjah kebesaran yang tidak diperolehi oleh mana saingannya. 'Arsene Knows' [Arsene mengetahui] pernah dijadikan sebagai salah satu mentera bagi peminat.


Kini mungkin ia kelihatan tidak begitu lagi. Dengan kemungkinan menjadi musim ke-6 tanpa sebarang trofi yang semakin hampir menjadi realiti, masa depan lelaki dari Perancis itu sering menjadi topik berdebatan dikalangan para peminat.



Bukan hanya dengan kata-kata. John Cross dari Daily Mirror, seorang yang dalam nadinya adalah segalanya tentang Arsenal, membuat laporan berkenaan permasalahan di tempat duduk di Stadium Emirates pada Sabtu, semasa Blackburn bertandang dengan 10 pemain dan membawa pulang keputusan seri, diantara penyokong yang setia kepada Wenger dengan mereka yang kini mahu berlaku perubahan dalam pucuk pimpinan.

"Berlaku kekecohan di North Bank," tulis Cross, "Di Blok 55 di bawah Club Level dan beberapa peminat mengoyakkan permohonan permbaharuan dan dalam masa yang sama menyusahkan para kakitangan."

Artikel tersebut juga memetik kata-kata Darren Epstein, salah seorang pemegang syer yang menyaksikan kekecohan tersebut. "Saya rasakan masih ramai yang percaya Wenger adalah orang yang paling baik untuk tugas tersebut namun para pemainlah yang telah membuatkan dia jatuh," katanya.

"Namun terdapat perpecahan dikalangan peminat kerana ada terdapat jumlah yang semakin meningkat - meskipun masih dalam minoriti - yang percaya sudah tiba masanya untuk suatu perubahan. Namun tindakan mereka lebih kasar dikalangan peminat."

Namun Wenger sendiri - yang biasanya akan mempertahankan sehabis boleh - seakan tidak pasti akan masa depannya sendiri selepas halangan Blackburn tersebut. Ditanya samada dia telah membawa kelab tersebut sejauh yang boleh, dia hanya menjawab: "Saya tidak tahu.

"Saya mahu mengakhiri musim ini dahulu dan kemudian kita akan melihatnya. Waktu ini kami hanya lebih bimbang untuk jangkaan masa pendek tentang tindak balas pasukan dalam perlawanan-perlawanan berikut dalam cara yang lebih meyakinkan."

Namun perdebatan diteruskan dengan soalan tambahan: siapa dalam dunia bolasepak ini yang boleh membawa Arsenal ke peringkat yang lebih tinggi apabila Wenger meletakkan jawatan? Atau sekurang-kurangnya meletakkan Arsenal ditempat yang sama seperti sekarang, "hampir tapi tanpa perolehan"?

Jose Mourinho adalah jawapan yang paling ketara dan istimewa kerana bukan sahaja dia kelihatan tidak gembira di Real Madrid tetapi juga telah mengisytiharkan untuk kembali bertugas dalam Liga Perdana Inggeris. Tetapi Mourinho pasti akan memerlukan sokongan kewangan daripada pucuk pimpinan Arsenal yang mana selama ini mereka gembira kerana tidak membekalkannya - dan tidak seperti Wenger, yang lebih berpuas hati untuk mengendalikannya sendiri tanpa bekalan kewangan dari pihak atasan. 

Ada sebahagian daripada bahagian sokongan Arsenal yang berkeinginan untuk membawa masuk salah seorang bekas pemain kegemaran mereka untuk dikembangkan sebagai pengganti Wenger tetapi Thierry Henry, yang kini berada dalam liga MLS yang merentasi lautan Atlantik, pasti tidak mahu meletakkan reputasi terbaiknya dalam bahaya dalam melakukan kerjaya pertamanya dalam pengurusan dengan beban yang besar.

Tidak dilupakan yang mana perlantikkan Wenger pada sedekad setengah yang lalu telah menjadi kejutan yang besar kepada para penyokong, dengan akbar London's Evening Standard telah mengalu-alukan kedatangan beliau dengan satu tajuk utamanya, 'Arsene Who?' [Siapa Asene?], dan salah seorang yang telah dikaitkan dengan kejutan besar seperti itu untuk menjawat tugas Wenger adalah seorang yang bukan mempunyai nama atau berasal dari tanah Inggeris. Dia adalah Andre Villas Boas, pengurus Porto.

Dalam usia 33, dia bukan sahaja telah mengangkat gelaran dalam liga Portugis dalam musim pertamanya tetapi turut tanpa kalah dalam mana-mana perlawanan sepanjang musim tersebut, serta membawa kelab Porto untuk menjejaki peringkat 8 pasukan akhir dalam Liga Europa.

Calon tempatan yang akan masuk dalam senarai di Stadium Emirates yang patut di bawa masuk kembali dan bekas penjawat jawatan sama yang berasal dari British tersebut adalah Bruce Rioch, yang telah lama berundur sebelum Wenger menerima panggilan untuk menerajuinya.

Rioch sebelum ini pernah menjadi pengurus di Bolton dan kini Stadium Reebok tersebut telah dikendalikan oleh Owen Coyle yang baru sahaja memegang jawatan tersebut. Dan kini turut boleh disenaraikan dalam calon-calon pengganti Wenger. Lelaki Scotland ini telah menikmati kejayaann pantasnya dalam pucuk pimpinan di Burnley dan kini di Trotters (Bolton) dan mempunyai hubungan yang baik bersama Arsenal. Ia boleh dilihat melalui pinjaman terhadap Jack Wilshere pada musim lepas.

Jika Wenger nanti memutuskan bahawa tiba masanya untuk perubahan, maka Arsenal mungkin berada di tahap yang lebih buruk jika meletakkan Coyle sebagai pengendali.




(Sumber: http://www.fanhouse.co.uk)

2 Komen:

  1. Filippo said...:

    bergkamp xde dlm list ke...
    dia dah ada pengalaman hehe

    Fabregas dah bersedia nk cabut

  1. zizie said...:

    bagus la tuh..,,aku lebih suke wenger tu blah..,,pemain muda,pemain muda..,,tak habis2 aku lebih suka dia tu blah..,,