Emmanuel Eboue sedia tinggalkan Arsenal kerana kesilapannya

Tuesday, April 19, 2011

Emmanuel Eboue yang cenderung melakukan kesilapan ini telah menghampirkan dirinya untuk ke pintu keluar dari Emirates pada musim panas ini kerana kesilapannya menentang Liverpool telah memaksa pasukannya membayar dengan 2 mata yang berharga.



Arsenal telah mendahului dalam pertemuan sengit menentang Liverpool melalui sepakkan penalti Robin van Persie pada minit ke-98, yang memungkinkan Arsenal pulang dengan 3 mata penuh.



Namun begitu, tolakkan Eboue ke atas Lucas Leiva tiga minit kemudian memberikan hadiah kepada pasukan pelawat dengan sebuah penalti yang mana disudahi oleh Dirk Kuyt sebagai sepakkan terakhir perlawanan.

Pemain Ivory tersebut yang telah berada dalam senarai rumors untuk disingkirkan oleh Arsene Wenger mungkin terpaksa menerima takdirnya semasa melakukan kesilapan di minit-minit kecederaan tersebut.

Wenger kelihatan cuba menyebelahi Eboue selepas perlawanan itu namun dikatakan bahawa kesabarannya telah terbatas.

Rakan sepasukan pemain berumur 27 tahun itu mungkin juga hilang sabar, ramai pemain Arsenal yang cuba memujuk Eboue dan yang membantah keputusan pengadil selepas sepakan penalti itu.

Arsenal kini berada 6 mata di belakang pendahulu liga, Manchester United dengan baki 6 perlawanan dan ramai berpendapat bahawa mereka telah melepaskan peluang keemasan untuk mendapat kejuaraan pada musim ini.

Bagaimana pun, Wojciech Szczesny, penjaga gol Arsenal berusia 21 tahun itu percaya Manchester United akan keciciran mata kerana mereka terpaksa bertemu dengan Arsenal dan Chelsea.

United akan menentang Newcastle malam ini (19 April) dan Arsenal akan berhadapan dengan musuh sejirannya Tottenham Hotspur pada Rabu.


(Sumber: http://www.metro.co.uk/)